Saya : sebab...sebab...saya nak dia selalu dengan saya. sebab tu saya tak perlukan awak..awak tak boleh pun buatkan dia datang dekat saya sekarang....
Rindu : awak, awak dengar sini..>>Friday 21 December 2012
Tiba-tiba RINDU datang MENYERANG lagi !
Sunday 23 September 2012
Tuesday 1 May 2012
Antara Kasih , Sayang Dan Cinta ~
kita sering mengucapkan kalimah basmalah yang membawa maksud " Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani : . Allah SWT sebenarnya sangat mengasihi kita sebagai hambaNya. Dan jika kita halusi mengapa Allah SWT mengasihi manusia sudah tentu hanya kerana Allah SWT mempunyai belas kasihan terhadap hambaNya. Rasa kasih sebenarnya terselit rasa belas kasihan terhadap seseorang. Begitu juga Allah SWT mengasihi kita selayaknya kerana kita lemah dan perlu dikasihi.
Dalam hubungan sesama manusia ,kasih kadang-2 menjadi titik bermulanya rasa sayang dan seterusnya rasa cinta. Dari kasihan akan terbit rasa sayang yang begitu kuat. Sebab itu dalam Bahasa Melayu perkataan kasih selalunya digabungkan sekali dengan perkataan sayang. Jadi tidak hairanlah mengapa Rasullah sendiri berkahwin dengan isteri-2nya yang banyak kekurangan. Rasa belas kasihan kerana tidak mampu melihat kesusahan wanita-2 yang kehilangan suami kerana syahid telah mengangkat baginda untuk menyayangi dan mencintai mereka sebagai isteri.
SAYANG..
Namun fahamilah, sebenarnya rasa sayang sudah memadai untuk anda melihat pengorbanan yang bakal dilakukan oleh orang yang menyayangi anda. Pengorbanan yang mungkin dilakukan luar dari kebiasaan emosi manusia. Rasa sayang akan memberikan kesan yang berpanjangan sama ada anda sebagai orang yang menyayangi dan disayangi kerana rasa akan dapat dihalusi wujudnya keikhlasan dalma setiap tindakan yang dilakukanya. Keikhlasan inilah yang akan memberikan rasa sayang berpanjangan dan terus mendoakan kebahagiaan untuk orang yang tersayang.
CINTA..
Percintaan sudah tentu dikaitkan dengan rasa kasih sayang. Menggambarkan bahawa bila menyebut cinta sudah tentu akan ada rasa kasih dan sayang kepada seseorang. Bila mencintai seseorang , tersiratnya anda mempunyai rasa sayang yang ikhlas dan menerima diri pasangan anda seadanya. Anda hanya memikirkan dirinya , perkongsian hidup bersama dan juga kebahagian masa depan bersama.
Subscribe to:
Posts (Atom)